Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ritual pelik penawar koronavirus?

    NEW DELHI, 15 MAC – Puluhan aktivis Hindu mengadakan parti air kencing lembu di ibu negara India semalam untuk melindungi diri mereka daripada koronavirus baharu, tatkala negara di seluruh dunia bergelut untuk membendung pandemik tersebut.

    Anggota dan penyokong persatuan Mahasabha Hindu Seluruh India mengadakan ritual api dan meminum daripada cawan tanah liat untuk memerangi COVID-19 pada perhimpunan di New Delhi yang digelar ‘parti gaumutra (air kencing lembu).’

    Ramai di negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu menganggap lembu sebagai haiwan suci dan dalam beberapa tahun ini telah membuat beberapa saranan mengenai minuman tersebut sebagai eliksir, dakwaan yang ditolak oleh pengkritik sebagai amalan palsu.

    “Sesiapa yang meminum air kencing lembu boleh disembuh dan dilindungi,” beritahu Hari Shankar Kumar, salah seorang sukarelawan pada acara itu, kepada AFP ketika dia menghidangkan ‘penawar’ tersebut dalam cawan tanah liat warna perang.

    Kerajaan dan ahli sains berkata tidak ada ubat atau vaksin yang ada setakat ini untuk melindungi atau menyembuh orang yang dijangkiti yang telah membunuh lebih daripada 5,400 orang dan menjangkiti hampir 150,000 di seluruh enam benua.

    Dua orang telah terbunuh di India sementara lebih 80 telah jatuh sakit, dan kerajaan telah mengarahkan penutupan beberapa jalan darat ke dalam negara dan membatalkan semua visa untuk menghalang penyebaran virus di negara yang mempunyai penduduk kedua paling ramai di dunia.

    Anggota dalam pakaian safron menyanyi lagu pada ritual api sementara penganut membaca ‘paean’ untuk haiwan suci itu.

    “Kami telah berkumpul di sini dan mendoakan keamanan dunia dan kami akan membuat persembahan kepada koronavirus untuk menenangnya,” beritahu Chakrapani Maharaj, ketua kumpulan, kepada wartawan sebelum meneguk secawan air kencing. – AFP

    Anggota persatuan Hindu ‘Akhil Bharat Hindu Mahasabha’ meminum panchagavya, campuran ritual tradisional Hindu terdiri daripada najis lembu, air kencing, susu, dadih dan minyak sapi ketika mereka menghadiri parti ‘gaumutra’ untuk menentang penularan COVID-19 di New Delhi. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda