Monday, February 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizab antarabangsa BNM AS$101.5 bilion

    KUALA LUMPUR, 7 Nov – Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$101.5 bilion (RM428.9 bilion) pada 31 Okt, 2017 berbanding AS$101.4 bilion (RM428.7 bilion) yang direkodkan pada 13 Okt, 2017 dan AS$101.2 bilion (RM427.7 bilion) pada 29 Sept, 2017.

    “Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek,” kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

    Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$95.0 bilion), kedudukan rizab Dana Monetari Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab yang lain (US$3.0 bilion).

    Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM428.909 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.001 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.481 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.740 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM7.420 bilion). – Bernama

    Rizab Antarabangsa BNM sebanyak AS$101.5 bilion (RM428.9 bilion) pada 31 Oktober 2017 berbanding AS$101.4 bilion (RM428.7 bilion) yang direkodkan pada 13 Oktober 2017. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda