“Ia adalah reka bentuk keajaiban alam semula jadi,” kata seorang jurupandu pelancongan, melontarkan kata-kata puitis tatkala menjelaskan mengenai tebing merah yang mengagumkan di laut kebiruan Scandola di Pulau Corsica, Perancis.
“Menakjubkan,” salah seorang pelancong dari Czech, Irena Snydrova ketika melawat tapak warisan dunia UNESCO itu bersama keluarganya dan beberapa pelancong dari Itali, Sepanyol dan juga Perancis.
Perahu mereka berlabuh berdekatan dengan tebing tersebut di mana batu-batu yang terbentuk seperti tangga mempunyai kepanjangan sekitar 15 meter dan luncuran tebing itu menurun sehingga ke kawasan bekas kubu lanun.
Jangka hayat telah mereka bentuk tebing gunung berapi ini ke dalam pelbagai bentuk telah berjaya memikat pengunjung, malah ada di antara mereka membayangkan seperti imej pasangan kekasih, kepala kuda dan topi Napoleon.
Taman ini yang dibina pada tahun 1975 merupakan impian ekologi, sebagai rizab alam semula jadi dan zon laut yang dilindungi serta disenaraikan oleh agensi perlindungan Pantai Perancis dan Natura 2000, sebagai tambahan selepas pengiktirafannya oleh pihak UNESCO. Kira-kira tiga juta pelancong telah berkunjung ke Corsica setiap tahun di mana 75 peratus daripadanya berkunjung semasa musim panas.


Di sebalik keindahan sebuah pulau
Paradoksnya, semakin ramai pelancong menuju ke perairan Scandola disebabkan pemandangan geologi yang menakjubkan namun ekosistem di kawasan itu sebenarnya semakin merepuh.
Taman ini yang boleh dikunjungi dengan menggunakan bot dan memakan masa selama 40 minit dari pelabuhan kecil Porto mempunyai keluasan sekitar 10 kilometer persegi dan kawasan daratan yang sangat kecil.
Sejak beberapa bulan lalu, akibat desakan daripada Majlis Saintifik, jarak bot hendaklah sekurang-kurangnya 250 meter dari kawasan tebing dan sarang burung Ospreys khususnya semasa musim pembiakan.
Ketegangan terus berlaku antara pengendali bot pelancongan dan nelayan terhadap aktivis pemuliharaan, Jean-Marie Dominici berikutan desakan tersebut.
“Ia adalah pelik untuk rizab alam semula jadi untuk melihat kesemua bot-bot ini,” kata Pierre Gilibert, seorang doktor berusia 65 tahun.
“Agak bijak untuk membenarkan bot-bot profesional berkunjung ke kawasan ini,” tambahnya. Ramai yang berkongsi pendapat bahawa bot persendirian tidak dipantau atau tidak dimaklumkan mengenai kebimbangan terhadap ekologi.
Bot seperti Nave Va, bersaing dengan Via Mare, menggunakan kapal hibrid, dikuasai oleh diesel namun apabila berdekatan dengan kawasan rizab, ia kemudian beralih kepada tenaga elektrik yang memberikan suasana yang lebih senyap dan kurang tercemar.
Pierre menyatakan bahawa pilihan hijau ini 30 peratus jauh lebih mahal namun dijangka akan menarik lagi lebih banyak pelancong. – AFP