Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Rizab Persekutuan masih kekalkan kadar lebih tinggi

    WASHINGTON, 1 DIS – Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama, kata Pengerusi, Jerome Powell semalam dalam kata-kata yang bertujuan menekankan tumpuan Rizab untuk memerangi inflasi yang masih mencecah tahap tinggi.

    Dalam ucapan di Institusi Brookings, Powell juga berkata Rizab mungkin menambah kadar faedahnya sebanyak setengah mata pada mesyuaratnya bulan ini, rangsangan yang lebih kecil selepas empat kenaikan berturut-turut sebanyak satu perempat mata. Kenaikan kadar mungkin merosot kepada suku mata pada mesyuarat Februari dan Mac, berdasarkan unjuran Rizab sebelumnya.

    Powell berkata Rizab berusaha menambah kadar untuk memperlahankan ekonomi, pengambilan pekerja dan pertumbuhan gaji, namun tidak terlalu tinggi sehingga mencetuskan kemelesetan di Amerika Syarikat.

    Ia telah menambah kadar faedah enam kali pada tahun ini kepada 3.75 hingga 4 peratus, kadar tertinggi dalam 15 tahun. Kenaikan tersebut telah merangsang kadar gadai janji, mendorong jualan rumah merosot, sementara juga menaikkan kos kebanyakan pinjaman pengguna dan perniagaan lain.

    “Kami fikir memperlahankan dasar pada tahap ini merupakan cara terbaik untuk mengimbangi risiko,” kata Powell. “Masa untuk memperlahankan kadar kenaikan mungkin diadakan pada mesyuarat yang dijangka diadakan pada 13-14 Disember.

    Powell mengakui terdapatnya perkembangan baik di mana kos barangan seperti kereta, perabot dan kelengkapan mencatat penurunan harga. Beliau juga berkata sewa dan kos perumahan lain – yang membentuk satu pertiga daripada indeks harga pengguna – mungkin menurun pada tahun depan.

    Namun kos perkhidmatan, yang termasuk makan di luar, perjalanan dan penjagaan kesihatan, masih meningkat pesat dan mungkin lebih sukar untuk dikawal.

    “Meskipun mencatat beberapa perkembangan yang positif, banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memulihkan kestabilan harga,” kata Powell. – AP

    Jerome Powell bercakap mengenai Dasar Fiskal dan Monetari di Institut Brookings, Washington pada 30 November 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...