Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizky Billar naik angin abang ipar dituduh menganggur

    Pelakon Rizky Billar tampil mempertahankan abang iparnya iaitu Beni Mulyana selepas muncul dakwaan lelaki itu menumpang di rumah adiknya iaitu Lesti Kejora.

    Tidak berdiam diri, Rizky menerusi ruangan komen sebuah portal berita menafikan dakwaan abang iparnya itu menganggur dan tinggal bersama Lesti.

    Memetik laporan mStar, Rizky menegaskan Beni sudah biasa hidup berdikari dan tidak bergantung kepada adiknya.

    “Awda tidak perlu lalai apabila menyiarkan berita. Abang ipar saya sudah berdikari,” katanya. Bukan itu sahaja, khabarnya majlis perkahwinan Beni dan isterinya pada tahun 2020 turut dibiayai oleh Rizky dan isterinya.

    Malah, Rizky turut menafikan dirinya menganggur dan memberitahu dia mempunyai pelbagai perniagaan yang pendapatannya boleh lebih besar daripada pekerja portal berkenaan.

    “Dan saya juga mempunyai perniagaan saya sendiri dan saya pasti gaji pekerja saya lebih tinggi daripada mereka yang menulis berita sampah ini. Mari lihat,” katanya.

    Untuk rekod, Rizky dan Lesti mendirikan rumah tangga sejak 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Levian Al-Fatih Billar. – Agensi

    Rizky berang apabila abang iparnya dituduh menganggur. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda