Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizky Febian bagi ‘hint’ tarikh nikah dalam album baharu

    Penyanyi Rizky Febian mendedahkan album terbaharu berjudul Berona merupakan gambaran tentang perjalanan hubungan bersama tunangnya, Mahalini.

    Rizky atau Rizky Febian Adriansyah Sutrisna, 25, berkata, jalan cerita lagu-lagu dalam album tersebut juga memberi gambaran tentang tarikh pernikahan mereka yang masih menjadi tanda tanya ramai.

    “Saya sudah berikan gambaran dalam album Berona yang memuatkan 10 buah lagu. Di situ ada tarikh dan juga vendor perkahwinan saya, semuanya ada di situ,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

    Tambah anak sulung kepada pengacara Sule ini, dia dan Mahalini kini sedang sibuk dengan urusan kerja termasuk konsert jelajah dan jadual promosi album baharu.

    Dalam masa sama Rizky turut memohon doa peminat agar hubungan mereka berjalan lancar dan urusan pernikahan dipermudahkan.

    Peminat menantikan tarikh pernikahan Rizky dan Mahalini. – Agensi

    “Sekarang saya dan Mahalini masih fokus untuk konsert jelajah. Saya juga sibuk mempromosikan album baru.

    “Kami saling menyokong antara satu sama lain. Doakan agar semua berjalan lancar. Semoga doa berita baik ini (pernikahan) didengar Allah,” ujarnya.

    Rizky dan Mahalini bertunang pada 7 Mei lalu di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia. Album Berona mula dilancarkan sejak Julai lalu mengandungi 10 buah lagu Hilang, Luka dan Romansa.

    Salah satu single yang juga berjudul Berona menceritakan perjalanan seorang lelaki asal kampung mengejar impian tinggal di bandar besar dan bertemu cinta hati. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda