Thursday, September 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizky Febian beri Mahalini jongkong emas sebagai mas kahwin

    Pasangan Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini dilaporkan telah selamat bernikah dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia pada pagi Jumaat.

    Memetik laporan mStar, majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta teman rapat.

    Bagaimanapun seorang tetamu iaitu Ustaz Maulana berkongsi detik pernikahan pasangan berkenaan kepada media di sana yang sudah menunggu di lobi hotel.

    Menurut Maulana yang juga merupakan seorang penceramah bebas di Indonesia, Rizky dan bergelar suami kepada Mahalini dengan sekali lafaz.

    “Cuma sekali lafaz dengan mas kahwin yang disebut iaitu logam emas dan sejumlah wang. Saya juga diminta untuk berkongsi nasihat pernikahan kepada mereka,” katanya kepada media.

    Maulana turut memberitahu acara pernikahan tersebut dilakukan mengikut adat Sunda dan keluarga Mahalini hadir dengan berpakaian tradisional masyarakat Bali.

    Pada Ahad lalu pasangan itu mengadakan acara adat mepamit iaitu meminta kebenaran keluarga pengantin perempuan sebelum memulakan pernikahan.

    Bapa kepada Rizky iaitu pelawak Sule mengesahkan proses yang berlangsung dan turut memaklumkan Mahalini bakal memeluk agama Islam sebelum bernikah dengan anaknya.

    Mahalini sebelum ini merupakan seorang penganut Hindu dan acara mepamit merupakan salah satu istiadat yang biasa dijalankan oleh masyarakat Bali. – Agensi

    Mahalini kini sah bergelar isteri Rizky. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda