Pasangan penyanyi Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini berkongsi berita kelahiran cahaya mata pertama mereka yang selamat dilahirkan pada 15 Februari lalu.
Menurut laporan HMetro Online, apa yang mencuri perhatian warganet adalah nama puteri mereka iaitu Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian, yang panjang dan unik.
“Bismillahirahmanirahim. Lahirnya buah hati kami Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian dengan selamat walafiat pada tanggal 15 Februari 2025.
“Selamat datang bintang kecil. Semoga kelak menjadi anak yang berbakti, solehah dan memberikan berakah kepada ramai orang ya, nak. Mohon doa semua,” tulis Rizky di Instagram.
“Susah benar untuk sebut nama dalam kehadiran di sekolah,” tulis seorang warganet.

“Namanya sepanjang jalan kenangan,” tulis satu lagi warganet.
Dalam ruangan komen juga, rakan-rakan selebriti dan pengikut kedua-dua mereka turut mengucapkan tahniah.
Rizky turut memuat naik beberapa gambar bersama isteri dan anak mereka saat selesai bersalin.
Terdahulu, pasangan itu berkahwin pada 10 Mei 2024 sebelum diumumkan perkahwinan mereka tidak sah dalam undang-undang Syariah Indonesia.
Pasangan itu kemudiannya sekali lagi diijabkabulkan pada 27 Disember lalu. – Agensi