Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizman Ruzaini tak campur urusan peribadi

    Menyedari kontroversi melibatkan model kempen raya mereka iaitu Aliff Aziz, jenama fesyen terkenal Rizman Ruzaini memilih untuk tidak mencampuri urusan peribadi pelakon itu.

    Kata Rizman atau Rizman Nordin, 39, jenama mereka tidak terkesan dengan kontroversi berkenaan dan enggan melayan sebarang kecaman melampau daripada warganet.

    “Tak terkesan sebab selebriti kami ramai sangat. Kedua koleksi kami pun sangat besar, jadi tidaklah tercalit sangat pada kami. Lagipun dia (Aliff) bukan main muses (wajah utama).

    “Kami daripada Rizman Ruzaini sebenarnya memang tak nak campur dan sebolehnya tak mahu ada kontroversi apa-apa. Kami hanya buat kerja kami sahaja.

    “Macam sekarang kalau tengok ada komen-komen negatif di IG. Tapi itu rumah (IG) kita, jadi kalau orang datang mencemarkan rumah kami tu, kami block sahaja,” katanya kepada mStar.

    Rizman tak masuk campur isu kontroversi Aliff. – mStar

    Rizman berkongsi perkara itu semasa ditemui di Majlis Berbuka Puasa Rizman Ruzaini yang diadakan di Rumah Tangsi Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Rizman Ruzaini mengakui ada warganet mahu memboikot jenama mereka gara-gara menggunakan Aliff sebagai salah seorang model dan wajah koleksi raya tahun ini.

    Rizman bagaimanapun menjelaskan mereka sebagai pereka fesyen sama sekali tidak terlibat dalam isu peribadi selebriti dan hanya bergerak sebagai entiti perniagaan.

    “Komen tu macam nak boikot kami, tapi kami rasa kami tak bersalah.

    “Sama macam Fiziwoo yang ambil Ruhainies sebagai duta. Kami ini tak bersalah dan kami hanya buat kerja kami.

    “Di pengakhirannya, kerjasama dengan artis ini adalah untuk tujuan perniagaan sahaja. Lagipun hubungan kami dengan Aliff atau Bella memang tiada masalah,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda