Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Bagi menyokong Minggu Gastronomi yang diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, Rizqun Coffee House Brunei telah mengadakan promosi Bufet Masakan Tempatan ‘Kitani’.
Promosi yang dihasratkan untuk memperkenalkan masakan Brunei itu sudah pun dimulakan sejak awal Februari lagi hingga 3 Mac ini dengan mengetengahkan hidangan menarik dan unik berunsurkan ala kampung seperti Ayam Buluh, Gulai Kambing, Daging Kunyit Masak Kedayan, Daging Rusa Masak Kunyit dan banyak lagi, ujar Cef Amirnorhilmi bin Matnoor.
“Sepanjang Minggu Gastronomi, Rizqun Coffee House Brunei akan menyediakan menu berbeza bersama lima hidangan tersedia dengan bermacam-macam jenis masakan ala kampung Brunei.
Oleh itu orang ramai yang ingin menikmati hidangan tersebut, bolehlah berkunjung ke Rizqun Coffee House Brunei yang terletak di Hotel Antarabangsa Rizqun, The Mall Gadong,” katanya lagi.