Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizqun Coffee House promosi masakan Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Sempena Gastronomi Brunei, Rizqun Coffee House semalam telah menawarkan promosi masakan Brunei ‘Pantaran dan Cita Rasa Brunei’.

    Promosi yang diadakan sehingga hujung bulan ini dihasratkan untuk memperkenalkan masakan Brunei seperti juadah Ambuyat, Udang Masak Kalio Kunyit Berkerisik, Daging Goreng Lalap berperap Kunyit, Nasi Ulam Kunyit Berempah, Sayur Umbut Pisang Masakan Lemak Santan.

    Seterusnya menu pencuci mulut yang terkini ialah Turmeric Cookies, Turmeric Semolina Cake dan satu-satunya Pannacotta Kunyit, antara pilihan pencuci mulut yang terlaris.

    Sepanjang promosi tersebut, Rizqun Coffee House menyediakan bermacam-macam jenis set menu masakan Brunei seperti Menu 1 yang termasuk nasi (beras Laila), Nasi Goreng Kampung, Udang Sambal Petai, Ayam Goreng Kampung, Kambing Bakar Kicap Telur Dadar Brunei, Tumis Peria Campur.

    Set Menu 2 pula menyediakan nasi, Kambing Salai, Daging Urat Masak Kunyit Brunei, Telur Goreng Sambal Bawang dan Tumis Kacang Panjang dengan tauhu selain set menu-menu yang lain mengikut cita rasa masakan Brunei yang tersendiri.

    Promosi ini diadakan pada minggu ini dan mereka yang akan menyambut Gastronomi Brunei menyaksikan penilaian pertandingan Gastronomi yang berlangsung hari ini di Rizqun Coffee House oleh para hakim yang dilantik sepanjang pertandingan Gastronomi Brunei.

    Masakan Brunei ‘Pantaran dan Cita Rasa Brunei’ yang ditawarkan di Rizqun Coffee House.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda