Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    RKN-12: Naik taraf pos kawalan sedang dibincangkan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Projek penaiktarafan pos-pos kawalan imigresen melalui darat memang sudah dalam perbincangan untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ke-12.

    Ini adalah dengan mengambil kira projek usaha sama yang dikendalikan dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan untuk pemeriksaannya pada
    masa ini.

    Jika dilihat pemeriksaan di pos-pos kawalan berkenaan, pada masa ini pemeriksaan berkenaan dilaksanakan secara percubaan untuk disatukan.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman mengongsikan perkara berkenaan bagi mengulas perkara yang disuarakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman mengenai ketiadaan peruntukan bagi penaiktarafan pos-pos kawalan imigresen semasa perbahasan Majlis Mesyuarat Negara di Dewan Majlis, pagi tadi.

    “Alhamdulillah dengan adanya projek percubaan di antara dua buah jabatan ini, pemeriksaan-pemeriksaan yang dikendalikan pada masa dahulu mengambil masa yang lama telah dapat ditingkatkan pada masa ini,” jelas Yang Berhormat Dato lagi.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi semasa permesyuaratan MMN di Dewan Majlis, kelmarin. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda