Tindakan anggota kumpulan BTS iaitu RM berkongsi kejayaan album terbaharunya meraih kedudukan ketujuh dalam carta Genius di Instagram mengundang kecaman peminat.
Memetik laporan mStar, RM dituduh tidak sensitif ketika rakan baiknya iaitu Suga ditahan pihak berkuasa atas kesalahan menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk pada malam Selasa lalu.
Apa membuatkan peminat lebih kecewa, RM memuat naik berita kejayaan itu hanya selepas beberapa jam Suga ditahan pihak berkuasa.
RM dituduh tidak sensitif dengan insiden menimpa Suga dan bersikap mementingkan diri sendiri ketika rakan baiknya ditimpa musibah.
Sedar kesilapan yang dilakukan, RM terus memadam hantaran tersebut selang beberapa minit ia dimuat naik di media sosial miliknya.
“Walaupun sedang menjalani latihan ketenteraan, ada pula dia masa untuk periksa carta muzik tapi tak boleh baca isu membabitkan kawan sendiri?
“Dalam banyak-banyak waktu, kenapa dia pilih muat naik poster tersebut ketika Suga sedang dilanda masalah?” komen warganet.
Bagaimanapun ada juga tampil mempertahankan RM dengan mendakwa hantaran yang dimuat naik dibuat oleh pihak pengurusannya. – Agensi