Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    RM BTS lempar telefon bimbit miliknya

    Tindakan RM (Rap Monster) melemparkan telefon pintarnya selepas nama BTS (Bangtan Boys) diumumkan tercalon untuk Anugerah Grammy 2021 terus menjadi topik utama dan menjadi bualan hangat warganet.

    Malah Samsung, yang mengeluarkan telefon bimbit itu telah memberi reaksi di Twitter. Saat mendebarkan para ahli BTS menunggu pengumuman pencalonan Grammy, RM dilihat memegang telefon bimbitnya. Ketika BTS diumumkan, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon segera bangun dan melompat gembira. Dia dilihat mencampak telefon bimbitnya sendiri dan tidak peduli.

    Seperti diketahui, BTS telah menandatangani kontrak bersama Samsung untuk iklan dan telefon bimbit yang mereka gunakan pada saat ini. Telefon yang dilemparkan oleh RM adalah Samsung Galaxy ZFold 2 yang harganya sekitar RM7,999. Melalui akaun Twitter rasminya, Samsung mengulas tindakan RM mencampak telefon bimbitnya yang mahal. Mereka mengucapkan tahniah kepada BTS terlebih dahulu. – Agensi

    Akibat terlalu gembira kerana tercalon untuk Anugerah Grammy 2021, RM melemparkan telefonnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda