Friday, April 25, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    RM, Jimin BTS dicalon untuk AMAs

    Rap Monster (RM) dan Jimin dari K-pop sensasi global, BTS, telah dicalonkan untuk Anugerah Muzik Amerika (AMAs) akan datang, menandakan satu kejayaan penting dalam kerjaya solo mereka.

    Menurut laman web rasmi AMAs baru-baru ini, RM dan Jimin kedua-duanya telah dicalonkan untuk kategori Artis K-Pop Kegemaran. Ini merupakan kali pertama kedua-dua artis itu menerima pencalonan sebagai penghibur solo pada majlis anugerah berprestij itu.

    BTS sebelum ini mencipta sejarah di AMA pada 2022 dengan memenangi anugerah Artis K-Pop Kegemaran  kali pertama kategori itu diperkenalkan. Kumpulan itu juga membawa pulang anugerah untuk Duo Pop Kegemaran atau Kumpulan pada tahun itu, memperoleh dua kemenangan utama.

    Sejarah lama BTS dengan AMA bermula pada 2017 apabila mereka menjadi artis Korea pertama yang membuat persembahan pada acara itu. Pada tahun berikutnya, mereka memenangi Artis Sosial Kegemaran, memulakan rentetan pujian yang menggariskan impak global mereka.

    Pada 2019, BTS menyapu bersih tiga kategori iaitu Artis Sosial Kegemaran, Duo atau Kumpulan Pop Kegemaran dan Jelajah Tahunan. Mereka terus mendominasi pada 2020 dengan dua anugerah dan sekali lagi pada 2021, memenangi Artis Terbaik, Duo atau Kumpulan Pop Kegemaran dan Lagu Pop Kegemaran.

    AMAs yang dianggap sebagai salah satu anugerah muzik ‘Tiga Besar’ Amerika Syarikat di samping Anugerah Muzik Billboard dan Grammy, memberi penghormatan kepada artis paling berpengaruh dan ikonik tahun ini. Majlis tahun ini dijadualkan berlangsung pada 26 Mei di Los Angeles. – Agensi

    RM an Jimin telah dicalonkan dalam AMAs akan datang. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda