Bintang K-pop RM dan V adalah ahli terbaru BTS yang selesai jalani perkhidmatan wajib tentera Korea Selatan.
Mereka memberi tabik hormat pada hari ini di Chuncheon City di hadapan sorakan kira-kira 200 peminat dengan sebahagiannya datang dari Mexico, Turki dan Brazil.
RM dan V memulakan perkhidmatan mereka pada Disember 2023, manakala tiga ahli BTS yang lain iaitu Jin, J-Hope dan Suga telah berbulan-bulan memasuki perkhidmatan mereka.
Jin, ahli tertua BTS, telah tamat Jun 2024. J-Hope pada bulan Oktober. Jimin dan JungKook dijadualkan tamat Rabu nanti.
Anggota ketujuh, Suga, sedang menunaikan tugasnya sebagai ejen perkhidmatan sosial, alternatif kepada perkhidmatan tentera. Dia akan dibebaskan akhir bulan ini.
Tujuh ahli BTS merancang untuk bersatu semula sebagai sebuah kumpulan tahun ini.
Di Korea Selatan, semua lelaki yang berumur 18 hingga 28 tahun dikehendaki menjalani perkhidmatan ketenteraan selama 18-21 bulan di bawah sistem kerahan tenaga.
Sebelum ini pernah timbul perdebatan hangat dari orang ramai bahawa BTS mungkin mendapat pengecualian khas, tetapi agensi pengurusannya telah umumkan pada 2022 bahawa kesemua tujuh ahli akan menunaikan tanggungjawab tersebut. – AP
