Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    RM135.2 juta bagi empat projek elektrik

    SANDAKAN, 30 April – Kerajaan memperuntukkan RM135.2 juta bagi empat projek  pembahagian bekalan elektrik di bawah Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) di Sandakan, kata Yeo Bee Yin hari ini.

    Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu berkata, satu daripada empat projek pembahagian itu iaitu pengubahan punca bekalan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Mowtas dan PPU Permai bernilai RM20 juta siap pada 1 Mac lepas, manakala projek pembahagian PPU Bukit Nenas bernilai RM34.2 juta pula dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada Jun hadapan.

    Projek pembahagian PPU Batu Sapi bernilai RM32 juta pula dalam proses perolehan dan dijangka siap pada Mei 2021, manakala projek pembahagian pengubahan punca bekalan PPU Tshun Ngen dan PPU Sim-Sim bernilai RM49 juta dijangka siap akhir 2021, katanya.

    “Semua perancangan dalam mengatasi isu bekalan elektrik di Sabah sedang berjalan dengan lancar. “Kerajaan Pusat sentiasa bekerja rapat dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam mengatasi masalah bekalan elektrik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Anti Plastik di Pulau Berhala di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda