Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    RM14.9 juta ditemukan dari sindiket pelacuran

    PUTRAJAYA, 29 Nov – Serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas sindiket pelacuran di Kota Kinabalu, Sabah sehingga kini membawa kepada penemuan wang tunai berjumlah RM14.9 juta, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

    Penemuan wang sejumlah itu merupakan rampasan terbesar seumpamanya dalam sejarah JIM, katanya.

    Beliau berkata jumlah tersebut ditemukan selepas jabatan itu menahan 17 individu di sebuah hotel dan pangsapuri di bandaraya itu sejak Jumaat lepas termasuk penahanan seorang suspek wanita yang dipercayai isteri kepada dalang sindiket terbabit, kira-kira 12 tengah hari semalam.

    Mustafar berkata penahanan wanita tempatan berumur 46 tahun di sebuah rumah di Jalan Kompleks Api-Api, iaitu lokasi sebahagian daripada wang RM13.5 juta ditemukan Jumaat lepas itu membawa kepada penemuan sebanyak RM1.45 juta lagi.

    “Wang dalam nilai note RM100 dan RM50 itu disimpan di dalam sebuah peti besi berkunci yang menggunakan kombinasi nombor tertentu sebagai langkah keselamatan kepada pemiliknya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda