KOTA KINABALU, 4 OGOS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 billion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini, dan bukan hanya untuk pembangunan sahaja. Beliau berkata jumlah itu adalah untuk perbelanjaan pelbagai perkara antaranya sekolah, pendidikan untuk anak-anak,