Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    RM4.31 bilion untuk Sarawak

    KUCHING, 28 JUN – Sejumlah 631 projek persekutuan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 di Sarawak dengan peruntukan RM4.31 bilion sehingga 23 Jun lepas, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

    Baru, yang juga pengerusi bersama Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNG) sebagai wakil dari kerajaan persekutuan berkata, prestasi perbelanjaan semasa mencatatkan RM711 juta atau 16.50 peratus berbanding prestasi perbelanjaan nasional yang mencatatkan RM23.31 bilion atau 42.51 peratus daripada keseluruhannya.

    “Kerjasama antara agensi kerajaan negeri atau persekutuan dengan utiliti dan kelulusan kerja-kerja di tapak perlu meningkatkan lagi aspek pemantauan agar dapat disiapkan sebagaimana dirancang,” katanya selepas mempengerusikan MTNG bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang mewakili kerajaan Sarawak di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda