KUALA LUMPUR, 25 NOV – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan keseluruhan permohonan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat bagi tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM9.7 juta. Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelaksanaan kerja penyelenggaraan itu dilakukan secara berfasa dengan fasa pertama melibatkan peruntukan RM7 juta yang

