Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robben sedia tampil bersama Groningen

    THE HAGUE, 28 JUN – Pemain sayap Belanda, Arjen Robben bersiap untuk keluar dari persaraannya menyertai kelab lamanya Groningen.

    Setelah meninggalkan Groningen pada tahun 2002, Robben memenangi gelaran liga bersama PSV Eindhoven, Chelsea dan Real Madrid sebelum satu dekad karier yang sangat berjaya bersama Bayern Munich.

    Dia bersara dari Bayern setahun yang lalu pada usia 35 tahun, setelah membantu kelab meraih lapan gelaran Bundesliga dan juga Liga Juara-Juara 2013.

    Finalis Piala Dunia 2010 mengatakan bahawa dia bermotivasi sepenuhnya untuk kembali tetapi dia harus cergas terlebih dahulu.

    “Saya ingin kembali ke FC Groningen. Pada masa ini saya tidak pasti itu akan berlaku,” kata Robben dalam sebuah video di laman web Groningen.

    “Apa yang saya yakin adalah bahawa motivasi saya akan mencapai 100 peratus. Saya akan mencarinya dan saya akan berada di sesi latihan pertama untuk musim baharu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda