Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Robot Archax ubah fiksyen sains jadi realiti

    TOKYO, 27 OKT – Ryo Yoshida mempunyai impian besar untuk mengemudi robotnya yang seakan ‘Gundam’, meskipun saiznya yang besar menyukarkannya untuk diparkirkan.

    Robot ‘Archax’ yang mempunyai tanda harga iaitu sekitar AS$3 juta, berketinggian 4.5 meter dan berat 3.5 tan, boleh bergerak dan dikendalikan oleh seorang pengendali yang perlu naik ke kokpit berteknologi tinggi.

    “Saya mahu menjadikan impian orang ramai menjadi kenyataan, impian yang dimiliki mereka semasa kecil, iaitu untuk naik ke atas sebuah robot dan mengawalnya seperti dalam cerita fiksyen sains,” kata Yoshida, CEO bagi syarikat pemula, Tsubame Industries.

    “Produk ini akan membantu orang ramai merasai secebis ‘dunia’ itu,” kata lelaki berusia 25 tahun itu kepada AFP semasa di Pertunjukan Mobiliti Jepun, di mana robotnya itu menjadi tumpuan utama.

    Apabila dikendalikan dalam mod pemanduan, ‘Archax’ mampu bergerak pada kelajuan 10 kilometer sejam, menurut syarikat tersebut.

    Robot Archax yang menjadi tumpuan utama semasa Pertunjukan Mobiliti Jepun, baru-baru ini. – AFP

    Ia mempunyai 26 sendi termasuk dua tangan yang besar, di mana pengendali mengawalnya dengan dua kayu bedik, dua pedal dan satu skrin sesentuh.

    Satu perkara yang menyeronokkan ialah dengan menggumpalkan robot-robot untuk tembak-menembak dengan pistol mainan seperti dalam siri anime ‘Gundam’, kata Yoshida.

    “Ini akan menjadi satu sukan baharu yang masih belum wujud di dunia sekarang. Sekiranya saya berjaya melakukannya, saya mungkin memberikan lebih banyak keterujaan kepada dunia,” tambahnya.

    Dia juga menjangkakan peranan yang lebih praktikal, seperti membersihkan serpihan selepas berlaku bencana dan bekerja di tapak-tapak pembinaan.

    Yoshida berkata objektif syarikatnya bukan hanya tertumpu pada mencipta robot, malahan membangunkan satu sistem untuk menggabungkan pengendali manusia dan mesin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...