Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robot bakal kendali lapangan terbang masa depan

    SINGAPURA, 27 Ogos – Bagasi para penumpang diambil oleh robot, penumpang kemudian berehat di kawasan menanti yang mewah dan lengkap dengan taman dalam bangunan sebelum membuat pengimbasan muka dan dengan pantas melepasi kawalan keselamatan dan imigresen, ini mungkin lapangan terbang masa hadapan.

    Itu adalah visi yang diharapkan oleh para perancang akan menjadi realiti ketika munculnya teknologi baru, yang mengubah pengalaman meletihkan, tersekat lama di barisan panjang, terminal penuh sesak menjadi sesuatu yang lebih menyenangkan.

    Asia Pasifik telah menerajuinya tetapi berdepan persaingan sengit dari Timur Tengah ketika pusat-pusat utama bersaing untuk menarik minat bilangan pelancong yang meningkat yang boleh memilih bagaimana merancang perjalanan mereka.

    Rantau-rantau itu “adalah dua kawasan utama pertumbuhan teknologi kerana mereka benar-benar bersaing menjadi pusat sejagat bagi pengangkutan udara,” Seth Young, pengarah Pusat Pengajian Penerbangan di Universiti Negeri Ohio, memberitahu AFP.

    “Jika saya ingin terbang dari New York menuju Bangalore, adakah saya melalui Abu Dhabi atau Dubai atau melalui Hong Kong? “Itu adalah pasaran yang sangat besar.”

    Salah satu teknologi yang menggunakan robot di lapangan terbang Changi, Singapura. – AFP

    Namun perubahan itu merupakan cabaran besar yang boleh mengubah model-model perniagaan berdekad-dekad usianya di lapangan terbang utama, dengan para penganalisis memberi amaran para pengendali mungkin berdepan penjejasan hasil mereka hingga berbilion-bilion dolar.

    Pengimbasan muka terutamanya mencetuskan banyak desas desus. Changi di negara kota Singapura, yang dianggap antara lapangan terbang terbaik di dunia, dijangka mengeluarkan teknologi biometriknya di terminal baru yang akan dibuka lewat tahun ini.

    Muka para penumpang akan diimbas apabila pertama kali mereka mendaftar masuk dan pada peringkat kemudian, secara teorinya membolehkan mereka melalui keseluruhan proses menaiki kapal terbang cepat tanpa bertemu manusia lain.

    Australia pada Julai lalu telah mengumumkan pelaburan Aus$22.5 juta untuk memperkenalkan teknologi pengecaman muka di semua lapangan terbang antarabangsa negara itu manakala lapangan terbang Dubai akan juga mengikut jejak sama.

    Robot-robot muncul di beberapa pusat utama, termasuklah di Lapangan Terbang Incheon Seoul yang mana mereka melakukan tugas-tugas termasuklah membersihkan dan membawa bagasi, manakala terminal baru Changi akan mempunyai pembersih robot yang lengkap dengan uniform pelayan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda