Wednesday, February 12, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robot belajar menyeberangi jalan

    TALINN, 22 Feb – Tinggi paras lutut, kereta bugi hitam dan putih bergerak ke kaki lima bersalji di ibu negeri Estonia, Talinn dan dengan teliti mengelak pejalan-pejalan kaki, berhenti dengan taat pada lampu isyarat merah pada persimpangan jalan besar.

    Robot beroda enam itu, dalam perjalanan untuk menghantar makanan tengah hari kepada pelanggan, menge-tahui untuk menyeberang jalan hanya apabila lampu pejalan kaki bertukar hijau, namun tidak memiliki tangan dan tidak mampu menekan punat lampu isyarat.

    Penciptanya Starship Technologies telah mengajar robot-robot mereka untuk mengelakkan lampu-lampu trafik dengan punat-punat dan sekarang memberikan mereka pembesar suara dan mikrofon untuk membantu mereka mengemudi lintasan pejalan kaki.

    Meskipun tidak banyak bercakap seperti C-3PO dari filem Star Wars, robot-robot Starship akan berupaya untuk berkomunikasi bersama manusia.

    “Kami akan menetapkan ayat-ayat yang sering digunakan dalam situasi-situasi tertentu. Seperti ‘hello’ atau ‘bolehkan anda menekan punat lampu isyarat itu,’ Mikk Matmaa, 26, ketua program ujian Starship di Estonia memberitahu AFP.

    Robot prototaip yang kini diuji bagi penghantaran makanan. – AFP
    Robot prototaip yang kini diuji bagi penghantaran makanan. – AFP

    Kebanyakan pejalan kaki memberikan senyuman apabila robot yang serupa peti sejuk teknologi tinggi itu berlegar di jalan-jalan Talinn daerah Mustamae.

    “Saya telah menyaksikan Perang Dunia Kedua dan sekarang saya hidup untuk melihat robot-robot di jalan-jalan Talinn!,” kata Aleksandra Vaskina yang berusia 80 tahun.

    Sebuah robot prototaip telah pertama kali direka buat kejohanan NASA yang mencari robot yang berupaya mengutip sampel-sampel batu di Marikh atau Bulan.

    Sementara ia tidak memenanginya, jurutera di Talinn beranggapan model itu sempurna bagi penghantaran makanan.

    Bagi meneroka idea itu, ketua jurutera Estonia Ahti Heinla dan Denmark Janus Firrs, pengasas bersama perkhidmatan panggilan dalam talian Skype, mewujudkan Starship Technologies di London pada 2014.

    Robot-robot permulaan sedang dibangunkan dan diuji di negeri Baltic, Estonia, salah satu negara begitu canggih dengan teknologi baru. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda