Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robot buatan Estonia kini menuju pasaran AS

    TALLINN – Sebuah kenderaan momokan berwarna hitam putih, berketinggian paras lutut, berjalan melalui laluan pejalan kaki yang bersalji di ibu negara Estonia, Tallinn, dan cuba mengelak pejalan kaki secara berhati-hati, berhenti ketika lampu merah menyala di persimpangan jalan yang besar.

    Robot yang mempunyai enam roda, sedang dalam perjalanan bagi penghantaran makan tengah hari untuk pelanggannya, tahu untuk menyeberangi jalan ketika mana lampu untuk pejalan kaki bertukar berwarna hijau. Namun ia tidak mempunyai tangan dan tidak dapat menekan butang lampu isyarat.

    Inventors Starship Technologies telah mengajar robot mereka untuk mengelak dari menekan butang lampu isyarat. Ia telah dilengkapi dengan pembesar suara dan mikrofon untuk membantunya mengemudi di lintasan pejalan kaki.

    Walaupun tidak sepetah seperti C-3PO, sebuah robot seperti dalam filem ‘Star Wars’, robot Starship ini mampu untuk berkomunikasi sesama manusia.

    “Kami mempunyai ayat-ayat atau percakapan yang telah ditetapkan untuk digunakan dalam keadaan tertentu. Seperti “hello” atau … “Bolehkah anda tekan butang lampu isyarat ini untuk saya,” kata Mikk Martmaa, ketua progam ujian Starship di Estonia berusia 26 tahun, kepada AFP.

    Sebuah robot enam roda yang dihasilkan oleh Starship Technologies sedang dalam perjalanan untuk menghantar makanan dari salah sebuah restoran di Tallinn, Estonia. – AFP
    Sebuah robot enam roda yang dihasilkan oleh Starship Technologies sedang dalam perjalanan untuk menghantar makanan dari salah sebuah restoran di Tallinn, Estonia. – AFP
    Seorang pelanggan diberitahu mengenai kedatangan robot tersebut di lokasi. – AFP
    Seorang pelanggan diberitahu mengenai kedatangan robot tersebut di lokasi. – AFP

    Kebanyakan pejalan kaki tersenyum melihat robot tersebut (yang menyerupai seperti peti sejuk) yang berkeliaran di jalan-jalan Tallinn, daerah Mustamae.

    “Saya pernah melihat Perang Dunia Kedua dan kini saya telah melihat robot berada di jalan-jalan Tallinn!”, kata salah seorang penduduk, Aleksandra Vaskina berusia 80 tahun.

    Robot prototaip itu mula-mula direka untuk sebuah pertandingan NASA yang mencari sebuah robot yang dapat mengumpul sampel batu di Marikh atau Bulan. Walaupun tidak menang, jurutera yang berpangkalan di Tallinn berkata ia adalah sesuai untuk penghantaran makanan.

    Bagi meneroka idea, ketua jurutera Estonia Ahti Heinla dan Denmark Janus Friis, pengasas perkhidmatan panggilan dalam talian Skype, mencipta Starship Technologies di London pada tahun 2014.

    Robot yang sedang dibangunkan dan diuji di negeri Baltik, Estonia, salah sebuah negara di dunia yang paling pakar dalam bidang pendawaian dan juga perintis dalam teknologi baru.

    Pada hari sejuk di bulan Februari, seorang penerbit televisyen berusia 27 tahun, Liisi Molder letih untuk keluar membeli namun menginginkan set makanan berharga 12 euro (AS$13) seperti kepingan sotong dan akar saderi bersama dengan telur ikan hering dan sos kerang dari restoran berdekatan, Umami.

    Dengan beberapa klik, Molder memesan pesanan beliau dalam salah sebuah aplikasi di telefon bimbitnya dan 20 minit kemudian robot tersebut datang membawa pesanan makanan tengaharinya. Robot tersebut tidak mempunyai masalah menaiki laluan batu di hadapan blok rumah pangsa Molder, tetapi ia tidak dapat menekan buzzer rumah beliau, ia hanya akan menghantar mesej kepada telefon bimbit beliau jika ia sudah sampai di lokasi.

    “Ketuk-ketuk! Penghantaran Wolt anda sudah tiba, sila datang untuk mengambilnya di luar dan membuka kekunci robot,” mesej yang mempunyai kod untuk dapat mengakses atau membuka bekas robot tersebut.

    “Saya pasti ia dapat memberikan perkhidmatannya dengan lebih cekap,” kata Molder memberitahu AFP.

    Kelajuan robot adalah kira-kira enam kilometer sejam namun pembinaan dan operasinya jauh lebih murah daripada perkhidmatan pesawat dron yang kini sedang diuji oleh syarikat dalam talian gergasi iaitu Amazon dan lain-lain lagi.

    Setelah ianya berada di pasaran, produk akhir dijangka menelan belanja “seperti harga komputer riba atau sebuah telefon pintar yang sangat mahal. Dalam anggaran beberapa ribu euro,” kata Martmaa. Starship membuat kerjasama dengan Wolt yang berpangkalan di Finland, sebuah syarikat penghantaran makanan bagi lebih daripada 120 buah kedai-kedai makan di Tallinn.

    Sebuah robot enam roda melintasi jalan di Tallinn, Estonia. – AFP
    Sebuah robot enam roda melintasi jalan di Tallinn, Estonia. – AFP
    Seorang wanita menerima penghantaran makanan dari sebuah robot Starship Technologies. – AFP
    Seorang wanita menerima penghantaran makanan dari sebuah robot Starship Technologies. – AFP

    Robot tersebut adalah “tambahan yang baik untuk armada kami. Kami mempunyai basikal, kereta dan skuter tetapi robot berkemungkinan akan menjadi pilihan yang terbaik untuk penghantaran jarak pendek pada masa akan datang,” kata Matias Nordstrom, ketua interim Wolt di Estonia.

    Buat masa ini, penghantaran robot Wolt boleh didapati dari empat kawasan restoran di Mustamae. Tetapi Starship mempunyai tempat yang ditetapkan di Amerika Syarikat. Ia sama dengan projek rintis seperti penghantar bungkusan robotik dan penyediaan makanan yang sedang dilancarkan di Washington dan Redwood City, hab IT di California.

    Manusia masih memantau robot tersebut semasa ujian keselamatan dijalankan, tetapi Martmaa berkata mereka akan menjadi autonomi sepenuhnya dalam beberapa bulan. Mempunyai sembilan kamera dan sensor lainnya berupaya untuk mengelak dari dilanggar manusia dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalulintas yang rumit.

    “Kebimbangan utama adalah persimpangan … Dimana kebanyakan pemandu kadang-kadangnya membuat selekoh walaupun lampu isyarat itu masih merah. Robot kami tidak dapat mengesan kes seperti itu,” kata Martmaa.

    Kos penghantaran bernilai 3.5 euro (AS$3.7), namun Starship mahu mengurangkannya kepada satu euro. Menggantikan manusia dengan robot di pasaran buruh boleh membawa kepada kos sosial. Ia mungkin memberi “risiko buruk dalam jurang antara mereka yang kaya dan miskin,” kata Peter Stone kepada AFP, yang mengetuai kajian Universiti Stanford pada tahun 2016 dalam kecerdasan buatan.

    Beliau meramalkan bahawa dalam tempoh 15 tahun akan datang kenderaan autonomi dan robot akan mengambil alih pekerjaan seperti pengangkutan penumpang dan penghantaran bungkusan. Walau bagaimanapun, pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi dan berbayar bagi pembangunan peranti kecerdasan buatan akan muncul secara cepat.

    Pengasas Microsoft Bill Gates telah berkata ‘cukai robot’ – yang dibayar oleh pembuat robot dan pengguna kepada kerajaan – boleh mengurangkan kos sosial menggantikan manusia dengan mesin di pasaran buruh. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda