KELIHATAN sebuah robot beroda kecil diletakkan di atas meja dan membuka penutup kacanya untuk mendedahkan sebuah piring dipenuhi dengan masakan ala udang Shanghai yang digemari oleh penduduk tempatan dan robot itu juga mengeluarkan suara dengan nada yang rendah, ‘silakan menikmati hidangan anda’.
Konsep restoran futuristik itu merupakan inisiatif terbaharu dalam usaha gergasi e-dagang China Alibaba bagi memodenkan lagi perkhidmatan dan barangan runcit di negara itu di mana robotik dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) diintegrasikan ke dalam urusan perdagangan dan perniagaan.
Meningkatkan lagi kecekapan dan menurunkan kos pekerja merupakan objektif utama restoran Alibaba’s ‘Robot.He’, di mana para pelayan telah digantikan oleh sebuah robot yang berukuran seperti sebuah ketuhar dan bergerak di setiap ruang makan di atas meja makan yang bersambung-sambung.
“Di Shanghai, seorang pelayan dibayar sehingga 10,000 yuan (AS$1,500) sebulan. Ini bermakna pemilik restoran perlu membayar sekitar beratus-ratus ribu untuk pelayan dalam tempoh satu tahun dan dua orang pelayan diperlukan untuk memberikan perkhidmatan,” kata Pengurus Produk Alibaba, Cao Haitao yang membangunkan konsep itu.
“Kini, kami tidak lagi memerlukan dua giliran waktu bekerja kerana kami sudah mempunyai robot yang boleh bekerja setiap hari,” tambahnya.

Restoran itu sentiasa berhubung dengan teknologi yang dibangunkan oleh Alibaba khususnya dalam pembelian barangan keperluan di pasar raya di mana para pembeli akan mengisi senarai barangan yang dibeli di aplikasi mudah alih dan robot akan membawa barangan mereka di pusat perhentian yang ditetapkan melalui trek penghantaran aplikasi atau dihantar terus ke rumah mereka.
Kini, Alibaba mempunyai sekitar 75 pasaran Hema di 13 buah bandar raya di China, di mana hampir kesemuanya akan menggunakan pelayan robotik itu.
Pakar industri di negara itu mengatakan bahawa perkhidmatan terbaharu itu cuba untuk mempamerkan kecekapan teknologi Alibaba berbanding mengeluarkan model perniagaan yang banyak di mana kadar kos tenaga kerja agak sedikit rendah.
Tetapi beberapa restoran cuba untuk menerapkan kepesatan pembangunan teknologi baharu di negara itu apatah lagi pihak kerajaan di negara itu cuba menggunakan teknologi pengenalan wajah bagi setiap anggota polis untuk mengenal pasti penjenayah undang-undang.
Negara automasi
Dengan pembayaran digital menerusi telefon bimbit, kini kadar pembelian semakin mendapat persaingan sengit, semakin banyak perusahaan farmasi, kedai buku dan peruncit yang lain telah membekalkan tempat pembayaran dengan juruwang, bagi membolehkan para pelanggan untuk memesan dan membayar barang yang dikehendaki, yang sebelum ini dibuat oleh robot.
Persaingan e-dagang Alibaba, J.D.com telah mengumumkan satu rancangan untuk membuka sekitar 1,000 restoran pada tahun 2020 di mana makanan akan disediakan dan dihantar oleh robot.
J.D.com dan beberapa rangkaian yang lain cuba untuk menggunakan dron bagi penghantaran makanan mereka. Pergerakan itu dapat membantu syarikat bagi mengurangkan kos pertumbuhan pasaran e-dagang di China yang mulai mendatar.
“Sebelum ini, kebanyakan individu berasa selesa dengan perkembangan pesat ini namun sekarang pertumbuhannya semakin menurun dan kebanyakan syarikat mula mencari tumpuan lain untuk mempertingkatkan lagi operasi perniagaan mereka,” kata Jason Ding, seorang pakar runcit China, Bain & Company.

“Operasi adalah mengenai pemotongan kadar kos dan cuba menyediakan kadar perkhidmatan dengan lebih baik, oleh itu, teknologi mesin automatik ini, berperanan penting,” tambahnya.
Di restoran Robot.He, pelanggan akan menempah meja dan memesan menu makanan melalui aplikasi teknologi di mana restoran itu sentiasa dipenuhi dengan pengunjung yang banyak. Ma Yiwen berusia 33 tahun, sering kali membawa rakan sekerjanya untuk makan.
“Kami sangat gemar untuk makan dan kami sentiasa makan tengah hari dengan mencuba makanan yang sedap berdekatan dengan pejabat kami. Idea terhadap penghantaran makanan dengan menggunakan robot itu merupakan satu idea yang inovatif, jadi kami mahu melihatnya dengan mata kami sendiri,” katanya.
Pengurusan restoran itu berkata bahawa automasi itu membantu untuk mengurangkan kos pembayaran malah adaptasi itu menyebabkan Ma Shenpeng yang berusia 20 tahun untuk datang sekali seminggu ke restoran itu bagi meliat kehebatan teknologi itu.
“Lazimnya, hidangan yang disediakan bagi tiga orang dianggarkan bernilai kira-kira 300-400 yuan, tetapi di sini, semua makanan lebih daripada 100 yuan,” jelasnya.
Pendukung AI di China meramalkan bahawa pada satu hari nanti robot akan mampu melaksanakan pelbagai tugasan harian seperti mencuci, menyapu lantai malah menjadi sahabat, apatah lagi semenjak pihak kerajaan China yang membuat dasar kawalan penduduk dengan polisi kawalan satu kanak-kanak.
Perkembangan itu menyebabkan satu isu yang halus bagi pembuat dasar China kerana potensi kerugian tenaga kerja malah pihak kerajaan sedang berusaha untuk menetapkan jangka panjang bagi membangunkan industri perkhidmatan lazimnya memberikan peluang pekerjaan, memandangkan perkhidmatan semakin menjadi mekanikal.
Wang Hensheng, seorang profesor robotika di Universiti Jiaotong Shanghai berkata bahawa kadar kos robot masih terlalu tinggi untuk kegunaan pengguna yang sangat meluas dan banyak syarikat lebih cenderung terhadap penggunaan kereta berteknologi tinggi. Tetapi robot boleh terus berkembang jika kadar kos buruh di China semakin meninggi, jelasnya.
“Berkemungkinan, apabila kadar kos tenaga kerja semakin meningkat lebih tinggi, robot akan turut melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh manusia,” tambahnya. – AFP