Robot hantar pesanan

WASHINGTON, 17 APRIL – Penggunaan robot dan dron sebagai penghantar makanan dan barangan keperluan semakin popular di kebanyakan negara.

Inovasi ini lebih mendapat tempat di hati pengguna memandangkan mereka hanya duduk di rumah tanpa terdedah risiko jangkitan COVID-19 antara pembeli dan pekerja penghantaran.

Syarikat Starship Technologies, antara firma di Amerika Syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu berkata, pihaknya mendapat permintaan tinggi di kebanyakan bandar di seluruh dunia.

Ketika ini, syarikat berpangkalan di San Francisco itu melancarkan khidmat penghantaran robot di sekitar Washington, Tempe di Arizona, Britain dan California.

Pemilik kedai, Tracy Stannard berkata, mereka menggunakan 10 khidmat robot untuk membantu memenuhi permintaan pengguna. Katanya, kedai itu menggunakan khidmat penghantaran robot sehingga 70 peratus sehari.

“Segelintir pelanggan meminta khidmat robot, mereka tak kisah, walaupun hanya barangan keperluan asas,” katanya. – AFP