Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robot manusia bantu capai SDGs

    GENEVA, 1 FEB – Lapan robot manusia akan menjadi tarikan utama apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganjur sidang kemuncak pertamanya sejak pandemik meletus mengenai kebaikan kecerdasan buatan, katanya hari ini.

    Sidang Kemuncak AI Global, pertama diadakan pada 2017, akan kembali di Geneva pada 6 dan 7 Julai selepas ditangguhkan selama tiga tahun, kata Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) PBB.

    Acara itu bertujuan memaparkan bagaimana kecerdasan buatan (AI) dan teknologi lain boleh membantu mencapai matlamat pembangunan mampan (SDGs) PBB, termasuk memerangi perubahan iklim dan merangsang tindakan kemanusiaan.

    “Menjadi matlamat kolektif kami untuk membentuk AI lebih cepat daripada ia membentuk kami,” kata ketua baharu ITU, Doreen Bogdan-Martin dalam satu kenyataan.

    “Sidang kemuncak ini, sebagai platform utama PBB untuk AI, akan diperkenalkan untuk memastikan AI boleh dijadikan pemangkin berpengaruh untuk kemajuan dalam usaha kami untuk menyelamatkan SDGs,” tambah beliau. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda