Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robot mini pantau dalaman tubuh

    BEIJING, 21 SEPT – Sekumpulan saintis China berjaya menggabungkan fungsi pengesanan dan kawalan dalam satu mesin bersaiz butiran, sekali gus membuka potensi untuk pemberian dos ubat yang lebih tepat serta pemantauan fisiologi secara in-situ.

    Penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Huazhong di wilayah Hubei, tengah China, bersama Universiti China Hong Kong di selatan negara itu, membangunkan robot magneto-ultrasonik berukuran 1.3 milimeter lebar yang boleh mengesan serta mengawal parameter persekitaran seperti daya, getaran, kelikatan dan suhu secara tanpa wayar, menurut laporan yang diterbitkan dalam jurnal Science Robotics minggu ini.

    Dengan keupayaan mengesan rangsa-ngan dan menukarkannya kepada isyarat ultrasonik, robot seberat 4.6 miligram ini turut mampu mengendalikan objek halus seperti telur salmon, seperti ditunjukkan dalam ujian model haiwan. – Bernama

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda