Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Robot mini rawat gangguan usus

    WASHINGTON, 15 FEB – Pil yang bergetar untuk melegakan sembelit, sensor yang boleh dijejaki dalam perut – para penyelidik kini beralih kepada robot kecil untuk merawat atau mendiagnosis gangguan gastrousus.

    “Ia merupakan bidang yang semakin berkembang,” kata Saransh Sharma, pelajar ijazah kedoktoran di Institut Teknologi California (Caltech) yang terlibat dalam pembangunan sensor diagnostik boleh telan.

    “Awda mempunyai robot perubatan yang amat kecil sehingga awda dapat memasukkannya dalam badan seseorang menggunakan laluan mulut dan ia boleh melakukan pengesanan dan penggerakan dalam usus,” beritahu Sharma kepada AFP.

    Kira-kira 16 daripada setiap 100 orang dewasa di Amerika Syarikat (AS) mengalami gejala sembelit, menurut pihak berkuasa kesihatan AS, dan jumlah itu meningkat dua kali ganda bagi warga AS yang berusia lebih 60 tahun.

    Para penyelidik di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan Caltech telah membangunkan sejenis sensor boleh ditelan yang boleh dipantau ketika ia bergerak menerusi saluran pencernaan.

    Peranti itu, 20 milimeter panjang dan lapan milimeter diameter, dapat membantu doktor mendiagnosis gangguan motiliti gastrousus yang menghalang makanan daripada bergerak normal menerusi saluran pencernaan.

    Lokasi kapsul mendedahkan tempat di mana gangguan berlaku, sekali gus memberikan doktor maklumat penting untuk melakukan tugas yang lebih baik dalam menyembuh dan mendiagnosis pelan rawatan, kata Sharma. – AFP

    Para penyelidik kini beralih kepada sensor yang boleh dijejaki dalam usus untuk merawat atau mendiagnosis gangguan gastrousus. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...