Monday, March 10, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robot pembantu rumah dikuasakan AI pertama di dunia

    MOSS, Norway, 9 MAC – Syarikat robotik Norway, 1X baru-baru ini mengumumkan NEO Gamma, sebuah robot berkuasa AI yang boleh melakukan pelbagai kerja rumah, seperti membawa pakaian, membersihkan tingkap dan berupaya menggunakan vakum.

    Oddity Central melaporkan beberapa kejayaan penting dalam robotik sejak beberapa bulan lalu, termasuk STAR1, robot terpantas di dunia atau SE01, robot yang berupaya berjalan lancar. Tetapi untuk kerja-kerja seharian, robot-robot berkenaan masih banyak kekurangannya.

    Tetapi semuanya bakal berubah menurut syarikat Robotik Norway 1X apabila ciptaannya yang paling maju, NEO Gamma, robot yang mampu melakukan pelbagai kerja rumah seperti menggunakan vakum sehingga menghidangkan teh.

    Robot menggunakan vakum mencuci rumah.

    Untuk menjadikannya kelihatan lebih manusiawi, syarikat itu bekerjasama dengan Shima Seiki, syarikat pengeluar mesin jahit Jepun untuk mencipta sut lembut dan licin untuk menyembunyikan badan logam robot itu.

    Menurut 1X, NEO Gamma yang dilancarkan baru-baru ini boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti membongkok untuk mengambil objek dari tanah, duduk di kerusi, menyusun objek-objek bersepah di sekeliling rumah dan juga mampu menuang teh ke dalam cawan.

    Robot menghidangkan teh untuk pengguna.

    Syarikat berkenaan telah menggunakan data daripada pergerakan manusia untuk melatih robot meniru pelbagai pergerakan dengan cara yang lebih sama seperti manusia.

    Kehadiran robot di dalam rumah setiap hari boleh mendatangkan bunyi bising. Jadi 1X memastikan NEO Gamma sesenyap mungkin dengan sistem pemacu yang dimodelkan daripada tendon manusia. Hasilnya, pergerakan robot berkenaan hanya menjana 10 db bunyi menjadikannya senyap seperti bunyi peti sejuk moden.

      Antara kerja-kerja lain yang mampu dilakukan robot berkenaan. – Oddity Central

    Juga dengan komponen AI yang canggih, 1X boleh berfungsi dengan sendirinya dan ditambah lagi empat mikrofon terbina di dalamnya, ia sangat responsif kepada arahan oleh pengguna.

    Ia juga boleh bertindak balas dengan mengadakan perbualan mudah atau memainkan muzik melalui pembesar suara di kawasan pelvisnya.

    “Dalam masa terdekat, kita semua akan mempunyai robot dalam rumah kita sendiri seperti Rosey atau Baymax,” kata Ketua Pegawai Eksekutif 1X, Bernd Bornig. “Tetapi untuk robot benar-benar menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, mereka mesti dibangunkan bersama-sama manusia dan bukannya dibangunkan bersendirian. Kami tidak sabar-sabar untuk berkongsi butiran lanjut mengenai NEO Gamma tidak lama lagi.” – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda