Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robot, peranti agroteknologi mudahkan pertanian

    DELFT – Ia berkemungkinan besar merupakan salah satu tugasan kecil buat robot namun ia sudah dapat membuktikan satu perkara penting buat pembuat keju Belanda.

    Moonlander, dicipta oleh pelajar, dibawa ke kilang itu untuk membantu membuat kerja yang berat iaitu mengaulkan gabungan susu dan dadih susu. Semasa dipamerkan dalam penciptaan teknologi oleh pelajar robotik tahun akhir di Universiti Teknologi Delft (TU Delft), robot yang dikenali dengan nama The Moonlander itu merupakan salah satu bintang tarikan di mana robot ini dengan selesa bergerak dan membawa 12kg keju dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

    Antara pelbagai kelengkapan, mesin ini bertujuan untuk membantu petani tenusu Belanda mengangkat dan membawa dengan mudah satu ketul keju besar yang mana mesti dipusing berikutan keadaan keju yang cepat matang.

    Robot ini akan mengutip acuan susu dalam satu kontena selepas sahaja susu itu menjadi pejal, membawa dan memusing keju itu ketika ia ditekan dan selepas itu direndam bersama dengan air garam.

    “Moonlander akan bergerak dengan sendiri dan melakukan kerja di stesen-stesen kerja yang pelbagai. Mesin ini akan berupaya untuk menggunakan radar sendiri mengimbas bilik kilang bagi mencari kawasan yang berbeza untuk meletakkan keju-keju yang dibawa,” kata salah seorang pelajar, Timo Van Frankenhuyzen dengan bangganya.

    Mesin ini bertujuan untuk membantu Petani Tenusu Belanda mengangkat dan membawa dengan mudah satu ketul keju besar yang mesti dipusing berikutan keaadan keju yang cepat matang.

    Hanya yang terbaik

    Timo bersama dengan pelajar-pelajar yang lain dalam satu kursus di sebuah institusi tertua dan terbesar dalam teknologi di Belanda hanya mempunyai masa sekitar lima bulan untuk mereka bentuk dan mencipta mesin ini dari awal untuk memenuhi keperluan sektor swasta dan juga pelanggan-pelanggan persendirian.

    Semasa Hari Terbuka Jabatan, sebanyak lapan mesin ini telah dipamerkan dan telah dibina oleh satu kumpulan yang terdiri daripada enam pelajar.

    Situasi itu tidak memeranjatkan terutama sekali di Belanda, iaitu negara kedua terbesar dalam mengeksport produk pertanian, penggunaan tenaga pekerja yang sedikit dan hanya menggunakan alat peranti dalam pertanian serta bidang-bidang pertanian ini merupakan bidang yang sangat dicari-cari.

    Justeru, pelajar-pelajar ini telah mencipta sebuah mesin teknologi berupa teleskop untuk mengenal pasti bunga-bunga seperti Gouda, Tulip malahan bunga mawar.

    Dengan fungsi seperti telekskop, peranti dikenali sebagai Roselia itu akan melihat lebih dalam bahagian kecil merah dan putih bunga mawar.

    Sementara pekerja biasa mengambil masa selama sebulan untuk latihan dan mempelajari bila waktu yang sesuai untuk memetik bunga mawar, “Para pelajar telah mengajar dan memprogramkan Roselia, melalui satu rangkaian neuron untuk mengenal pasti bunga mawar yang sedia untuk dipetik,” tambah Klomp kepada wartawan media.

    Mesin teknologi 2.0

    Sementara itu, satu lagi mesin dikenali sebagai Barrie The Barman, tidak dapat diketahui bila ia akan dapat direalisasikan. Tempahan semakin tinggi namun mesin ini masih belum dapat dikeluarkan. Namun, salah seorang pencipta, Jonathan Raes datang untuk menyelamatkan keadaan.

    Akhirnya Raes duduk di belakang Barrie dan memperbaiki beberapa butang dan akhirnya berjaya membuatkan kopi mengalir lagi.

    “Barrie dicipta khas untuk menyerlahkan kembali sudut kopi di mana mesin ini akan membolehkan anda untuk bermain pelbagai jenis permainan sementara menunggu kopi anda siap diproses,” kata salah seorang pelajar reka bentuk industri, Joppe De Waart.

    Apa yang pasti, pada masa yang akan datang, semua pekerjaan akan dilakukan oleh robot dan segala objek akan dijadikan sebagai robot.

    Namun kadang kala, mesin ini termasuk dalam kategori cuba mengenakan, tidak mahu untuk menyediakan soda untuk seorang kanak-kanak perempuan.

    “Mesin agak sedikit perkauman,” kata nenek Raes bergurau kepada media. Pihak TU Delft dan institusi robot telah memenangi reputasi hadiah dunia.

    “Robotik ini menyediakan satu jawapan kepada salah satu cabaran khususnya dalam era 21 ini,” menurut kenyataan institusi berkenaan dalam laman sesawang mereka.

    Ini termasuk pekerjaan buruh yang mudah diarahkan, membantu atau menganti tenaga manusia di mana keadaan pekerjaan lebih mahal, tidak sihat atau beretika.

    Sentuhan yang lembut

    Di kenali sebagai Fizzy, The Purring Ball, mesin ini berfungsi untuk mereka yang sukar tidur malam. Robot ini diibaratkan sebagai peneman buat kanak-kanak yang menghadapi kanser. “Apabila seorang kanak-kanak mendekati Fizzy, ia akan mula berpusing-pusing. Jika kanak-kanak itu berjaya menangkapnya, ia akan bergetar dan mengeluarkan satu bunyi. Dalam erti kata yang lain, jika ia memerlukan perhatian, ia akan mengeletar,” kata Eveline Drijver, salah seorang yang bertanggungjawab menghasilkan mesin ini.

    Pusat Onkologi Kanak-Kanak di Hospital Princess di Utrecht memberitahu pelajar-pelajar ini untuk mereka bentuk satu permainan, menerima apa sahaja untuk memeriahkan lagi pesakit-pesakit muda ini.

    “Kami masih lagi memerlukan beberapa pembaikan untuk menjadikan Fizzy berpusing dengan lebih baik dan akan datang, kami berharap kanak-kanak ini akan dapat bermain dengannya,” kata Tim Rietveld, salah seorang dari kumpulan yang bertanggungjawab mencipta mesin ini.

    Dia dapat meramalkan bahawa masa depan, segala pekerjaan akan dilakukan oleh robot.

    “Semua pekerjaan akan dilakukan oleh robot dan beberapa tahun yang akan datang, segala objek akan di jadikan robot, pastinya,” tambah Tim lagi kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda