Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Robotaxi Tesla mungkin dilancarkan 22 Jun di Austin – Musk

    AUSTIN, 11 JUN – Elon Musk berkata Tesla ‘mungkin’ lancarkan perkhidmatan robotaxi di Austin, Texas, pada 22 Jun.

    Dalam siaran di platform media sosial X, Musk berkata tarikh itu boleh berubah kerana Tesla, ” terlalu bimbang dengan keselamatan.”

    Pelabur, penganalisis dan peminat Tesla telah menjangkakan pelancaran teksi tanpa pemandu tersebut di Austin pada Jun sejak Musk berkata demikilan awal tahun ini.

    Bulan lalu, Musk memberitahu CNBC bahawa teksi tersebut akan dipantau dari jauh pada mulanya dan juga dipagar secara geofence ke kawasan tertentu di bandar yang dianggap paling selamat untuk digunakan.

    Dia merancang untuk bermula dengan 10 atau lebih buah teksi, kemudian menambah bilangan dengan cepat dan mula melanjutkan perkhidmatan seterusnya di Los Angeles, San Antonio, San Francisco dan bandar-bandar lain.

    Musk telah lama mengulangi janji ‘tahun depan’ mengenai kenderaan pandu sendiri autonomi sepenuhnya, namun kali ini tekanan semakin kuat memandangkan Tesla telah mula mengendalikan perkhidmatan teksi pandu sendiri.

    Rancangan pelancaran di Austin tersebut juga dibuat selepas perbalahan antara Musk dengan Donald Trump mengenai bil cukai pentadbiran baru-baru ini.

    Beberapa penganalisis turut membuat andaian Trump akan bertindak balas dengan menguatkan syarat-syarat keselamatan demi mengelak masalah yang mungkin timbul daripada robotaxi tersebut. – AP

    Pemandang kereta-kereta Tesla di tempat letak kereta di kilang Tesla di Fremont, California, pada Oktober 2022. Perkhidmatan robotaxi mungkin dilancarkan pada 22 Jun. – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda