Thursday, October 24, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roche tingkat kapasiti pengeluaran ujian diagnostik mpox

    ZURICH, 23 OKT – Syarikat gergasi farmaseutikal Switzerland, Roche hari ini berkata mereka sedang meningkatkan kapasitinya untuk menghasilkan ujian diagnostik bagi mengesan mpox, di tengah-tengah penyebaran virus yang berpotensi membawa maut.

    “Kami telah meningkatkan pengeluaran kami untuk memenuhi potensi permintaan,” kata ketua Roche, Thomas Schinecker kepada pemberita semasa beliau membentangkan hasil jualan suku ketiga syarikat itu.

    Wabak baharu penyakit virus itu yang melibatkan varian baharu telah melanda pelbagai negara di Afrika dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan lebih 1,100 kematian akibat penyakit mpox direkodkan di benua itu setakat tahun ini, menurut agensi kesihatan Kesatuan Afrika.

    Penyakit itu juga telah menular ke negara lain, dengan Jerman kelmarin merekodkan jangkitan pertama dengan varian mpox baharu clade 1b, manakala kes tunggal juga telah dikesan di Sweden dan Thailand.

    “Nampaknya terdapat lebih banyak kes dicatat di Eropah,” kata Schinecker.

    “Mungkin tidak semuanya dilaporkan dalam media lagi, tetapi sudah ada lebih banyak kes mpox.” – AFP

    Ganbar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda