Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Rock Climber’ terkenal maut ketika mendaki

    MEXICO CITY, 29 NOV – Seorang pendaki terkenal dunia, Brad Gobright dari Amerika Syarikat (AS) mati ketika melakukan aktiviti memanjat batu (rock climbing) di utara Mexico, kata pihak berkuasa semalam.

    Gobright, 31 dan rakannya, Aidan Jacobson, 26, juga dari AS, sedang mendaki di laluan dikenali sebagai ‘Shining Path’ di negeri Nuevo Luvo, utara Mexico pada Rabu lalu sebelum keduanya terjatuh, kata agensi respons kecemasan negara dalam satu kenyataan.

    Menurut saksi, kedua-dua lelaki itu berjaya mendaki laluan setinggi 900 meter itu dan sedang dalam perjalanan turun apabila tragedi itu berlaku.

    Jacobson berjaya mendarat di atas satu hamparan batu namun Gobright melantun sebelum terjatuh 300 meter ke bawah dan menemui ajal, kata mereka.

    “Jacobson mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kanan dan beberapa bahagian lain tubuh. Dia kini menerima rawatan di pangkalan kami.

    “Gobright pula meninggal dunia selepas terjatuh 300 meter ke bawah,” kata perkhidmatan kecemasan negeri itu dalam satu kenyataan.

    Mendiang terkenal dengan kehebatan memanjat melawan graviti secara solo, tanpa menggunakan sebarang tali keselamatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda