MIAMI, 20 NOV – Alperen Sengun menja-ringkan 28 mata dan Kevin Durant menambah 20 mata untuk memimpin Houston Rockets menewaskan Cleveland Cavaliers 114-104 kelmarin, sementara juara bertahan NBA Oklahoma City Thunder mengalahkan Sacramento Kings 113-99.
Pemain tengah Turkiye, Sengun menambah 11 rebound dan tujuh assist untuk Rockets (10-3), yang melanjutkan rentetan kemenangan mereka kepada lima perlawanan, sementara pemain simpanan, Aaron Holiday menyumbang 14 daripada 18 mata pada suku keempat untuk menghalang kebangkitan Cavs.
De’Andre Hunter mendahului Cavs dengan 25 mata manakala Donovan Mitchell menyumbang 19 daripada 21 mata pada suku keempat untuk Cavs (10-6), yang mendapat 18 mata daripada Evan Mobley, Pemain Pertahanan Terbaik NBA yang gagal mengawal Sengun.
“Saya tidak pernah mengalah kepada sesiapa pun,” kata Sengun.
“Tidak penting sama ada pemain pertaha-nan terbaik dalam liga.
“Pada masa yang tepat, saya hanya akan menewasakannya. Saya hanya akan melakukan jaringan dan menamatkan perlawanan,” tambahnya.
Cavs menamatkan suku ketiga dengan 23-5 untuk merapatkan jurang 74-70 dan Mitchell bangkit semula dalam 12 minit terakhir namun Rockets tidak dapat diatasi.
Sementara itu, Thunder meningkat kepada rekod terbaik liga 15-1 dan 7-0 di tempat sendiri apabila Pemain Paling Berharga NBA, Shai Gilgeous-Alexander menjaringkan 33 mata dan meraih lapan rebound dalam siri kemenangan ketujuh Thunder.
Chet Holmgren menambah 21 mata dan tujuh rebound untuk Thunder, yang memberikan kekalahan ketujuh berturut-turut ke atas Sacramento (3-12). – AFP


