LOS ANGELES, 6 Nov – James Harden adalah kuasa yang tidak dapat dihentikan, mencatatkan 56 mata dalam kerjaya tertinggi ketika Houston Rockets menewaskan pasukan pelawat Utah Jazz 137-110.
Pemain pertahanan all-star, Harden juga mencatatkan 13 asis dan menghasilkan 19 dari 25 lontaran dari gelanggang ketika dia hanya menamatkan kurang satu mata dari rekod pasukan, 57 yang dicatatkan oleh pemain pertahanan Hall of Fame, Calvin Murphy ketika musim NBA 1977-78.
Pemain dari Amerika Syarikat (AS) berusia 28 tahun itu terlepas empat lontaran terakhir dalam memburu kejayaan sebelum meninggalkan perlawanan tersebut.
“Tidak,” kata Harden ketika ditanya jika dia sedar dengan kejayaan francais itu. ‘Kami menang kan?”
Harden menamatkan tujuh dari lapan menerusi jarak ‘three-pointer’ sementara menghasilkan 11 dari 12 lontaran bebas.

Dengan jaringan terakhirnya pada suku ketiga, Harden mengatasi 53 mata yang pernah dicatatkannya sebelum ini.
“Bagi saya, apa yang menjadikannya lebih sukar adalah kebijaksanaannya sebagai seorang pemain,” kata jurulatih Jazz, Quin Snyder.
“Dia mampu mengenali kedudukan itu kerana dia seorang yang berbakat dan kadangkala anda tidak melihat kepekaan permainannya, kebijaksanaannya.
“Dia seorang pemain yang bijak dan tidak banyak yang dapat kami boleh lakukan.”
Houston mencatatkan 23 dari 39 percubaan ‘three-pointer’, dengan pemain pertahanan Eric Gordon membuat jaringan enam dari 11 dari jauh sambil menambah 20 mata.
Trevor Ariza mengekori 14 mata sementara menghasilkan empat dari lapan ‘three-pointer’. Nene menambah 13 dari bangku.
Kesemua lima pemain utama Utah menjaringkan mata dua digit, tetapi pemain pertahanan rookie, Donovan Mitchell diturunkan dari bangku simpanan untuk membantu serangan Jazz dengan 17 mata. – AFP