LOS ANGELES, 26 April – James Harden mencatat 34 mata dan Houston Rockets dapat bertahan dari usaha keras bintang Oklahoma City,Russell Westbrook untuk menyingkirkan Thunder dari perlawanan playoff NBA semalam.
Rockets menumpaskan Thunder 105-99 untuk memenangi siri pusingan pertama Western Conference.
Pemain simpanan Rockets, Lou Williams mencatatkan 10 daripada 22 mata di awal suku keempat apabil Rockets memberi respons pada suku ketiga apabila Westbrook membawa pasukannya kepada pendahuluan 77-72 untuk memasuki tempoh akhir.
Westbook mencatatkan 20 mata, lima ‘rebounds’ dan tiga asis dalam suku ketiga.
Tetapi Wiliams membuka suku keempat dengan dua lontaran percuma dan menambah tiga lagi dengan ‘three -pointer’ apabila Rockets meraih semula kelebihan ketika Westbrook berada di bangku simpanan dan mereka bertahan meskipun selepas Westbrook beraksi semula apabila Thunder gagal memanfaatkan beberapa lontaran.

Westbrook mengakhiri perlawanan dengan 47 mata,11 ‘rebounds’ dan sembilan asis. Tetapi hanya menghubungkan dua daripada 11 lontarannya dalam tempoh akhir.
Kekalahan itu menutup musim bersejarah bagi Westbrook, yang telah menyertai Oscar Robertson sebagai satu-satunya pemain dalam sejarah NBA mencatatkan ‘triple-double’ dan mengalah rekod 55 tahun Robertson bagi ‘triple-double’ terbanyak dalam musim biasa dengan 42.
Dalam usaha bertahan daripada serangan Westbrook, Rockets telah memperlihatkan bahawa mereka memiliki banyak kemampuan bertahan.
“Kami bukan sahaja pasukan penjaring ‘three-pointer’,” kata Harden. “Kami juga meraihnya melalui bertahan. Kami bermain dan bersaing di peringkat tinggi di semua sudut gelanggang.” – AFP