Wednesday, February 12, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rodgers bangga pencapaian pemain

    GLASGOW, 5 Nov – Pengurus pasukan Celtic, Brendan Rodgers berkata dia berbangga dengan pemain-pemainnya kerana berjaya mengatasi setiap cabaran yang mereka hadapi dalam laluan untuk memecahkan rekod tanpa kalah British mereka yang berusia 100 tahun dalam perlawanan domestik.

    Juara Scotland itu melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada 63 perlawanan dengan membenam St Johnstone 4-0 di McDiarmid Park.

    Dalam proses itu mereka melanjutkan pendahuluan mereka di tangga teratas Scottish Premiership kepada tiga mata berikutan keputusan seri 2-2 Aberdeen di gelanggang luar menentang Hamilton Academical.

    Juara Scotland itu menewaskan pasukan Celtic yang dikendalikan Willie Maley yang merekodkan 62 perlawanan tanpa kalah, pra Piala Liga sementara Piala Scotland tidak dilangsungkan ketika Perang Dunia I, di antara 1915 dan 1917.

    Pasukan kendalian Rodgers sekarang menyertai di kedudukan ketiga bersama-sama rekod tanpa kalah domestik UEFA sepanjang masa, bersama pasukan dari Moldova, Sheriff Tiraspol.

    Lincoln Red Imps dari Gibraltar (88), yang ironinya ketika Rodgers memulakan kendaliannya tahun lepas dengan kekalahan memalukan dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara, berada di depan mereka.

    Dan jauh di depan mereka adalah pasukan Steaua Bucharest lewat 1980-an, dengan 104.

    “Bagi kami untuk memecahkan rekod itu adalah istimewa,” kata Rodgers, yang menandakan perlawanan ke-400 sebagai pengurus.

    “Ia adalah perlawanan yang luar biasa oleh para pemain dan contoh menarik profesionalisme dan mencipta standard tinggi setiap hari.

    “Tahap konsistensi yang mereka pamerkan adalah luar biasa.

    “Ia bukan hanya berlaku sepanjang malam. Ia adalah sesuatu yang dihasilkan. Ia adalah mentaliti dan hasrat untuk bekerja.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda