GLASGOW, 31 Dis – Pengurus pasukan Celtic, Brendan Rodgers (gambar) mengakui pasukannya bersedia untuk berehat selepas diikat seri tanpa jaringan di tangan Rangers dalam persaingan Old Firm semalam.
Juara itu mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama di Celtic Park tetapi dilihat ketinggalan rentak pada separuh masa kedua ketika pemain penyerang Rangers, Alfedo Morelos melepaskan dua peluang terbuka untuk memastikan pasukannya kemenangan pertama liga Old Firm sejak tahun 2012.
Celtic mendahului Aberdeen dengan lapan mata, yang hanya seri tanpa jaringan menentang Hearts, di tangga teratas Scottish Premiership ketika liga ditutup bagi rehat musim sejuk selama tiga minggu.
Rodgers mengakui pasukannya akan merasa gembira dengan rehat tersebut selepas melalui dua kekalahan dan dua seri dalam sembilan perlawanan pada Disember.
“Saya rasa para pemain memerlukan pemulihan dan rehat. Di sini kami beraksi berturut-turut musim ini jadi tidak berehat,” kata pengurus dari Ireland Utara itu, yang menyaksikan pasukannya gagal untuk menjaringkan sebarang gol di gelanggang sendiri buat kali pertama sejak Mac 2016.
Musim mereka bermula dalam pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara pada 14 Julai.
“Kami beraksi dalam perlawanan sengit ke-38 dan kesembilan kami dalam sebulan. Ia adalah tempoh yang sukar bagi para pemain, terutamanya daripada segi fizikal dan mental.
“Tetapi saya hanya memberikan pujian kepada para pemain saya. Kami menunjukkan pasukan yang berbeza pada hari ini. Kami tidak begitu cemerlang tetapi ia adalah biasa.”
Pengurus pasukan Rangers, Graeme Murty mendedahkan beberapa perkataan marah di bilik persalinan pada separuh masa pertama dengan memberikan inspirasi kepada pasukannya bagi persembahan separuh masa kedua yang menarik ketika mereka hanya berjaya mencatatkan mata kedua mereka menentang Celtic sejak kembali ke persaingan kelompok teratas pada 2016. – AFP