LONDON, 30 APRIL – Pengurus Leicester, Brendan Rodgers (gambar) berkata beliau tidak berminat meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas ada kekosongan jawatan pengurus di Tottenham Hotspurs.
Bekas pengurus Liverpool dan Celtic berusia 48 tahun itu, menjadi calon utama menyertai Spurs selepas Jose Mourinho dipecat minggu lalu.
Leicester berada di tangga ketiga EPL dan berada di landasan tepat untuk layak saingan Liga Juara-Juara musim depan, sementara Spurs ketinggalan lima mata daripada empat pasukan teratas selepas musim yang mengecewakan.
“Tottenham adalah kelab yang bagus, antara salah satu kelab besar di Britain, tapi pada saya, saya berada di kedudukan yang baik dalam kehidupan saya,” kata Rodgers.
“Saya sangat menghormati pemain di sini, ahli lembaga pengarah dan saya sangat yakin mahu meneruskan kerja saya di sini.” – AFP