Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rodri sedia hadapi musuh saingan liga

    GLASGOW, 28 MAC – Rodri kelmarin berkata dia tidak sabar untuk berhadapan dengan beberapa pesaing Liga Perdana apabila Sepanyol menentang Scotland dalam kelayakan Euro 2024 di Hampden Park minggu ini.

    Pemain tengah Manchester City itu akan beraksi menentang pemain Manchester United, Scott McTominay dan pemain Aston Villa, John McGinn hari ini di Glasgow.

    McTominay diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan dua gol lewat dalam kemenangan pembukaan kelayakan 3-0 Scotland ke atas Cyprus selepas McGinn memecah kebuntuan pada pertengahan separuh masa pertama.

    “Saya mengenali mereka dengan baik, sudah tentu,” kata Rodri kepada pemberita.

    “Mereka merupakan pemain yang baik dan sangat kuat dari segi fizikal untuk bermain ke kawasan lawan,” tambahnya.

    Aksi Rodri (kanan) semasa perlawanan bola sepak kelayakan kumpulan A Euro 2024 di stadium La Rosaleda di Malaga, Sepanyol, 25 Mac. – AP

    Pemain berusia 26 tahun itu, yang membantu Sepanyol menang 3-0 di tempat sendiri ke atas Norway pada Sabtu, menambah, “Saya fikir mereka memainkan peranan yang penting kepada pasukan kebangsaan dan sudah tentu, mereka mempunyai pengalaman bermain dalam perlawanan besar contohnya di Liga Perdana, seperti menentang kami.

    “Dengan Scott, ia merupakan persaingan yang sengit, tentunya, dalam perlawanan derbi Manchester.

    “Mereka merupakan pemain yang bagus, seperti kami juga. Kami tidak terlalu fokus kepada pemain individu, kami lebih fokus pada perkara yang dilakukan secara kolektif,
    Esok akan menjadi perlawanan penting.

    “Jika kami boleh menang esok, kami akan mendapatkan enam mata daripada dua pasukan terbaik dalam kumpulan, Scotland dan Norway, jadi ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda