Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rodrigo Chaves dahului pusingan kedua

    BANDARAYA MEXICO, 4 APRIL – Bekas Menteri Kewangan Costa Rica, Rodrigo Chaves mendahului pusingan kedua pilihan raya presiden dengan 52.9 peratus, memetik pihak berkuasa pilihan raya selepas memproses lebih 89 peratus undi.

    Menurut Sputnik, bekas Presiden Costa Rica, Jose Maria Figueres mengekori di belakang dengan 47.1 peratus.

    Pada pusingan pertama yang diadakan Februari lepas, Figueres, calon Parti Pembebasan Nasional, memenangi 27.28 peratus. Sementara itu Chaves, yang bertanding atas tiket parti Social Democratic Progress di tempat kedua dengan 16.78 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda