MANILA, 11 MAC — Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditahan polis di lapangan terbang antarabangsa Manila Selasa atas perintah Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung kes jenayah kemanusiaan yang difailkan terhadapnya, menurut kerajaan Filipina.
Duterte telah ditangkap selepas tiba dari Hong Kong dan polis menahannya atas arahan ICC, yang telah menyiasat pembunuhan besar-besaran yang berlaku di bawah tindakan keras bekas presiden itu terhadap dadah haram. Pejabat Presiden Ferdinand Marcos berkata dalam satu kenyataan.
ICC melancarkan siasatan ke atas Duterte dari 1 November 2011, ketika beliau masih datuk bandar di selatan Davao sehingga 16 Mac 2019. Duterte menarik balik Filipina daripada Statut Rom pada 2019 dalam satu tindakan yang dikatakan untuk melarikan diri dari bertanggungjawab atas pembunuhan itu.
Pentadbiran Duterte bertindak untuk menggantung siasatan mahkamah global pada akhir 2021 dengan berhujah bahawa pihak berkuasa Filipina sudah meneliti dakwaan yang sama, dengan alasan ICC tidak mempunyai bidang kuasa.
Berdasarkan rayuan hakim, ICC memutuskan pada Julai 2023 untuk sambung semula siasatan dan menolak bantahan pentadbiran Duterte.
Presiden Ferdinand Marcos Jr., yang menggantikan Duterte pada 2022 telah memutuskan untuk tidak masuk campur dalam urusan mahkamah global.
Tetapi pentadbiran Marcos telah berkata ia akan bekerjasama jika ICC meminta polis antarabangsa untuk menahan Duterte melalui apa yang dipanggil Notis Merah, suatu permintaan untuk agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia untuk mencari dan menahan sementara suspek jenayah. – AP
