Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rodriguez selamatkan Real Madrid

    MADRID, 26 FEB – Penyerang muda Real Madrid, Alvaro Rodriguez menjaringkan gol lewat untuk keputusan seri 1-1 dalam pertembungan derby yang mencemaskan ketika menentang Atletico Madrid yang beraksi dengan 10 pemain kelmarin.

    Keputusan itu mengurangkan kelebihan pendahulu liga Barcelona ke atas Los Blancos kepada tujuh mata, tetapi memberi Catalan peluang untuk melebarkan jurang kepada 10 mata pada Ahad apabila menentang Almeria.

    Jose Gimenez menanduk masuk bola untuk memberikan mata pendahuluan Atletico pada separuh masa kedua sejurus selepas rakan sepasukan Angel Correa dibuang padang kerana menyiku pertahanan Madrid, Antonio Rudiger.

    Bagaimanapun, penyerang berusia 18 tahun, Rodriguez hanya mengetuai Madrid pada penampilan liga kedua untuk kelab itu.

    Penyerang itu memberi impak yang mengagumkan dalam aksi menentang Osasuna hujung minggu lalu, berjaya mencipta gol dan membuat sumbangan yang lebih penting ketika menentang Atletico.

    Reaksi Alvaro Rodriguez (kiri) selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola menentang Atletico Madrid di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol. – AP

    Di sebalik impaknya, jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti mengakui harapan pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan semakin tipis, walaupun belum lenyap.

    “Ia bukanlah ucapan selamat tinggal kepada La Liga, ia lebih rumit, tetapi kami akan berjuang hingga akhir dan lihat apa yang berlaku,” kata Ancelotti kepada pemberita.

    Jurulatih dari Itali itu memuji Rodriguez kerana melakukan perubahan dari bangku simpanan.

    “Alvaro telah menunjukkan semua kualitinya, dia tidak banyak bermain, ia merupakan malam yang istimewa untuknya dan untuk kami yang memikirkan bahawa dia sememangnya berguna pada peringkat musim ini,” tambah Ancelotti.

    “Untuk musim depan, Alvaro akan berada dalam skuad utama.

    Dia mempunyai kualiti yang jarang dimiliki bagi usianya.

    “Dia tinggi, bijak mengawal bola, pantas dalam pergerakan, dan ideanya adalah beraksi bersama kami dalam skuad pasukan utama musim depan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda