Thursday, May 8, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roglic buru gelaran Giro ketika ketiadaan Pogacar

    MILAN, 7 MEI – Primoz Roglic mengintai gelaran Grand Tour keenam di saingan Giro d’Italia 2025, dan akan berpeluang untuk merampas gelaran daripada Tadej Pogacar dengan penunggang superstar itu terpaksa diketepikan daripada perlumbaan selama tiga minggu yang mencabar.

    Pelumba berusia 35 tahun itu kekal menjadi antara pelumba terbaik era ini, meskipun sering berada di bawah bayangan rakan senegaranya, Pogacar, sejak kekalahan dramatiknya pada peringkat kedua terakhir Tour de France 2020.

    Namun, musim ini menyaksikan Roglic tampil sebagai pilihan utama bagi menyarung jersi merah jambu dengan sokongan padu pasukan Red Bull–Bora–Hansgrohe yang turut dibarisi bekas juara 2022, Jai Hindley, dan naib juara tahun lalu, Dani Martinez.

    “Sasaran saya adalah mencapai tahap prestasi terbaik. Keputusan akan datang dengan sendirinya,” kata Roglic ketika ditemui Februari lalu.

    “Saya tidak tahu sejauh mana pantasnya pelumba lain, tapi saya hanya boleh fokus untuk menjadi versi terbaik Primoz. Dalam hati saya masih terasa seperti berusia 20 tahun.”

    Selain Giro, Roglic turut menyasarkan untuk menebus kekecewaan dalam Tour de France, yang terus menjadi luka lama susulan kekalahannya lima tahun lalu pada peringkat kedua terakhir perlumbaan itu. – AFP

    Aksi Primoz Roglic dalam pemecahan solo semasa peringkat ke-7 dan terakhir jelajah berbasikal Volta a Catalunya 2025 dalam perlumbaan Catalonia pada 30 Mac lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda