GENEVA, 30 April – Primoz Roglic dari Slovenia membuktikan statusnya sebagai serba boleh dengan meraih kemenangan keseluruhan selepas peringkat akhir Jelajah Romandie, yang dimenangi oleh Pascal Ackermann dari Jerman semalam.
Roglic, 28, merupakan bekas juara lompat ski junior, telah menyarung jersi kuning pada peringkat pembukaan dan mengukuhkan cengkamannya pada pendahuluan perlumbaan dengan menamatkan di kedudukan kedua pada peringkat keempat.
Pada peringkat akhir sejauh 181.8 semalam antara Mont-sur-Rolle dan Geneva, penunggang Lotto NL itu mengawasi pesaing-pesaingnya sehingga berjaya meraih Jelajah Dunia keduanya pada thun ini susulan kejayaan pertama di Tour of the Basque Country.
Roglic menamatkan lapan saat di depan pelumba Colombia, Egan Bernal (Sky), dengan penunggang BMC, Richie Porte di keduduka ketiga.
Pada penamat di Geneva, Ackermann menamatkan di depan Michael Morkov dari Denmark dan Roberto Ferrari dari Emiriah. – AFP