Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Rogol 13 pelajar, guru dihukum mati

    JAKARTA, 4 APRIL – Seorang guru Indonesia didapati bersalah merogol 13 pelajar di sebuah sekolah agama berasrama penuh dan menghamilkan sekurang-kurangnya lapan mangsa, dijatuhkan hukuman mati hari ini.

    Herry Wirawan, 36, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Februari, dalam satu perbicaraan yang menarik perhatian seluruh negara tentang penderaan seksual di sekolah-sekolah pondok agama atau lebih dikenali sebagai pesantrean di negara itu.

    Namun pendakwa raya yang meminta hukuman mati dan pengasian kimia ke atasnya, memfailkan rayuan.

    “Kami menerima rayuan pendakwa raya,” menurut kenyataan hakim disiarkan di laman web Mahkamah Tinggi di Bandung, wilayah Jawa Barat hari ini. “Kami dengan ini menghukum defendan dengan hukuman mati.”

    Wirawan tidak berada di mahkamah bagi rayuan, jurucakap memberitahu AFP. Penderaan seksual Wirawan di sekolah yang juga terletak di Bandung, terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkannya kepada polis kerana merogol dan membuntingkan anak perempuan mereka tahun lalu.

    Semasa perbicaraannya sebelum ini, Wirawan didakwa merogol pelajar perempuan – ramai daripadanya dari keluarga miskin dan menghadiri sekolah atas biasiswa – dalam tempoh lima tahun. Dia juga membuntingi sekurang-kurangnya lapan daripadanya. – AFP

    Gambar fail Herry Wirawan diiringi polis semasa perbicaraan pada Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...