Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rogol: Tiada pengakuan dibuat

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April- Seorang lelaki berusia 44 tahun yang berdepan empat pertuduhan merogol dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hari ini.

    Tidak ada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sofian bin Daud di hadapan Ketua Hakim Dato Paduka Steven Chong. Tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 21 tahun sekitar Julai 2017 dan juga sekitar Ogos 2017.

    Dia juga didakwa memperkosa seorang lagi mangsa berusia 13 tahun sekitar tahun 2010 dan sekali lagi melakukan kesalahan sama ke atas mangsa sama ketika mangsa berusia 20 tahun antara April dan Mei 2017.

    Dalam sebutan, tertuduh meminta lebih masa dari mahkamah untuk dia mendapatkan khidmat guaman.

    Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak melebihi dari 30 tahun dan juga sebatan tidak kurang daripada 12 sebat jika didapati bersalah.

    Kes akan disebut lagi pada 7 Mei 2019.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah binti Ahmad.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda